Fizo Omar bakal timang anak keempat

Fizo Omar bakal timang anak keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Fizo Omar meluahkan rasa bersyukur apabila isterinya, Fazeera Nazri kini sedang berbadan dua.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh pasangan tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram selain mengakui nikmat memiliki cahaya mata itu menjadi penyeri rumah tangga mereka.

“Alhamdulillah. Cahaya mata nama diberi yang datang tak kira ruang dan waktu. Yakinlah pada lorong dan corong rezeki yang hadir daripada cahaya itu.

“Tidak salah firasatku, benarlah perjanjian dari yang Esa ini. Kami bersyukur kerana munculnya cahaya mata yang kami ada, sepi tak lagi terasa kerana tawa kecilnya pemecah kesunyian,” katanya.

Dalam masa sama, Fizo juga positif menyifatkan rezeki yang telah ditentukan oleh Sang Pencipta buat hamba-Nya adalah berbeza-beza.

“Walau ada rintangan, di waktu kesempitan, kami kekal percaya akan ada sinar rezeki di setiap cahaya mata bagi meneruskan kehidupan di dunia ini.

“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada-Mu kerana kami tahu rezeki bukan dilimpah dalam bentuk kekayaan sahaja. Namun, ianya disimbah dalam bentuk kesihatan, cahaya mata dan ketenangan,” jelasnya.

Untuk info, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dan mereka memiliki dua orang anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.

Sebelum ini, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013, namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN