Fikry Ibrahim diam-diam sudah kahwin - Utusan Malaysia

Fikry Ibrahim diam-diam sudah kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dalam diam pelakon, Fikry Ibrahim telah mengakhiri zaman bujang dengan wanita pilihannya bernama, Khalizah Alihan, hari ini.

Khabar gembira itu telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Honey Julpa yang dipercayai jurusolek kepada isteri pelakon itu di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Fikri atau nama lengkapnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, sah bergelar suami kepada Khalizah dengan sekali lafaz.

“Bukan berlakon ya, ini kahwin betul-betul,” kata pemilik akaun tersebut.

Majlis ijab qabul itu turut diadakan di sebuah masjid secara tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

Setakat ini, pengacara  itu masih belum membuat sebarang perkongsian mengenai perkahwinannya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya