Festival Ramadan Putrajaya 2025 sasar sejuta pengunjung

Festival Ramadan Putrajaya 2025 sasar sejuta pengunjung

FADLUN (kiri) ketika melancarkan kempen 'Green Bazar Ramadan Putrajaya' sempena Festival Ramadan Putrajaya 2025 (FRP25) di Dataran Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) menyasarkan sejuta pengunjung bagi penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2025 (FRP25) yang bermula hari ini hingga 30 Mac depan.

Presidennya, Datuk Fadlun Mak Ujud berkata, lima komponen FRP25 ditampilkan yang kesemuanya berpusat di Presint 3 iaitu Bazar Ramadan, Laman Oasis, Anjung Syawal, Laman Iftar dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Beliau berkata, FRP adalah antara produk pelancongan utama di Putrajaya saban tahun.

“Bertemakan ‘Memori Ramadan, Aspirasi Syawal’, FRP25 melibatkan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan majlis perwakilan penduduk serta kerjasama daripada pelbagai organisasi bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Katanya, sempena FRP25, pihaknya turut melancarkan kempen ‘Go Green Bazar Ramadan Putrajaya’ dalam usaha ke arah menyokong inisiatif Putrajaya sebagai Bandar Mampan dan Bandar Hijau Karbon Rendah.

Fadlun berkata, ia bukanlah inisiatif baharu sebaliknya mahu terus menggalakkan pengunjung cakna dengan dasar ditetapkan kerajaan yang telah mengisytiharkan Putrajaya sebagai peneraju kepada bandar karbon rendah.

Menurutnya, komponen Go Green Bazar Ramadan Putrajaya termasuk ‘cashless’ Bazar Ramadan; kempen hindari plastik sekali guna; kempen bawa bekas dan beg sendiri ke bazar; kempen guna produk bio-degradasi; kempen jom biodiesel dan kempen ‘save food’.

Jelasnya lagi, sebanyak 290 lot niaga disediakan di Bazar Ramadan Presint 3 di tapak tempat letak kenderaan (TLK) bersebelahan Kiblat Walk dan 14 lot niaga di Laman Oasis (Kompleks PPj).

Selain itu, katanya, Anjung Syawal pula menyediakan 300 lot niaga yang dibuka kepada pengunjung setiap hari bermula hari ini hingga 30 Mac ini mulai jam 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam.

Sementara itu, katanya, Komponen Laman Iftar pula akan berlangsung di kawasan padang, Dataran Putrajaya yang menjadi lokasi tumpuan bagi pengunjung berbuka puasa berkonsepkan riadah.

Dalam pada itu, Fadlun berkata, pihaknya turut menyediakan 120 lot niaga di Bazar Ramadan Presint 11; Bazar Ramadan Presint 14 (170 lot niaga) dan Bazar Ramadan Mini di Taman Warisan Pertanian Presint 16 (40 lot niaga).

Secara keseluruhan, katanya, penganjuran FRP25 ini akan menghimpunkan lebih 1,000 jenis juadah serta melibatkan lebih 900 peniaga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya