Fattah tergelak dikatakan sudah bertunang dengan Amira Othman - Utusan Malaysia

Fattah tergelak dikatakan sudah bertunang dengan Amira Othman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin, mengakui terkejut mendengar khabar angin kononnya dia dan Amira Othman sudah mengikat tali pertunangan seperti yang tular, semalam. 

Tampil menafikan perkara tersebut, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berpendapat gosip liar itu muncul daripada warganet yang mahukan mereka bersatu sebagai suami isteri.

“Saya ada dengar tentang gosip itu dan waktu itu saya terkejut kenapa tiba-tiba timbul gosip sedemikian. Namun ingin saya nafikan perkara itu adalah tidak benar.

“Saya tidak tahu bagaimana gosip tersebut boleh muncul. Saya tahu pun daripada kawan-kawan media yang maklumkan. 

“Apabila saya baca, saya terkejut dan tergelak. Mungkin berita itu keluar berikutan komen-komen netizen yang mendoakan saya,” katanya. 

Fattah ditemui semasa majlis Koleksi Amber Raya Romantics di hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Isnin. 

Dalam pada itu, pihak pengurusannya turut menghubungi pihak Amira Othman bagi bertanya langsung mengenai salah faham yang timbul. 

Tegasnya, sekiranya benar kedua-dua selebriti itu menjalin hubungan istimewa, sudah tentu tidak akan disorokkan.

“Pihak pengurusan saya ada hubungi pengurusan Amira untuk bertanyakan tentang gosip. Sudah tentu kami berdua sama-sama terkejut. 

“Kalau gosip itu betul, sudah tentu kisah pertunangan itu tidak boleh disorokkan. Macam saya cakap sebelum ini, kami berdua hanya kawan. Hubungan itu sekadar urusan kerja sahaja.

“Saya dan Amira masih banyak kerjasama seperti Jakel, jadi kami sering berjumpa atas urusan kerja. Selain daripada itu, tidak lebih dari kawan,” tambahnya.

Terdahulu, sebuah portal berita mendakwa Fattah sudah melangsung pertunangan dengan Amira selepas empat bulan berpisah dengan bekas isteri, aktres Nur Fazura. 

Bukan itu sahaja, portal tersebut turut mendakwa mereka bertunang pada Jumaat lalu dan bakal berkahwin pada Syawal nanti. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya