Fahmi beri bantuan tunai pada tiga anak Muhammad Basir

Fahmi beri bantuan tunai pada tiga anak Muhammad Basir

FAHMI Fadzil bersama tiga orang arwah anak Muhammad Basir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberikan bantuan tunai kepada anak-anak bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar.

Fahmi berkata, beliau terkesan dan bersimpati dengan tiga anak Muhammad Basir atas pemergian bapa mereka pada petang semalam, akibat masalah kesihatan.

Beliau turut menambah bantuan tunai kepada anak-anak Allahyarham selain bantuan daripada Tabung Kasih@Hawana.

“Saya sangat terkesan kerana waktu kami melawat dahulu, antara perkara yang kita usahakan adalah internet percuma untuk keluarga ini kerana tiga orang anak yang masih belajar.

“Hari ini, saya sangat terkesan kerana anak-anak ini sekarang benar-benar yatim piatu, jadi terima kasih saya ucapkan kepada pihak Bernama yang mengusahakan bantuan dan sumbangan,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Terdahulu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menziarahi anak-anak Muhammad Basir dan menyerahkan bantuan tunai kepada mereka.

Allahyarham menghidap penyakit jantung meninggal dunia pada 6.45 petang semalam di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang akibat masalah kesihatan kronik.

Beliau meninggalkan tiga anak berusia 10 hingga 15 tahun. Isteri Allahyarham, Nor Azlina Jaafar, bekas jurufoto Kumpulan Utusan meninggal dunia pada 17 Oktober 2023.
Dalam pada itu, Fahmi berkata, beliau berhasrat untuk membayarkan bil telefon bagi ketiga-tiga anak Muhammad Basir untuk tempoh setahun.

Jelasnya, usaha itu bagi memastikan anak-anak Allahyarham tidak mempunyai sebarang masalah untuk berhubung dengan ahli keluarga lain.

“Insya-Allah, sekiranya postpaid (pasca bayar), saya akan bantu bayarkan internet mereka untuk setahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya