Fadhlina tinjau bilik darjah tambahan IBS SK Cyberjaya

Fadhlina tinjau bilik darjah tambahan IBS SK Cyberjaya

FADHLINA Sidek tinjau bilik darjah tambahan IBS SK Cyberjaya. - GAMBAR KPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA” Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengadakan tinjauan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya bagi melihat pengoperasian sesi persekolahan baharu dan penggunaan 12 buah bilik darjah tambahan menggunakan kaedah IBS di sekolah tersebut.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, projek pemasangan bilik darjah tambahan menggunakan kaedah IBS termasuk kerja ubah suai berkaitan pendawaian elektrik, perabot, peralatan dan tandas bernilai RM2 juta itu diserahkan kepada SK Cyberjaya pada September lalu.

“Kemudahan bilik darjah tambahan baharu ini telah beroperasi sepenuhnya dan memberi manfaat kepada lebih 400 orang murid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

KPM berkata, sebagai penyelesaian jangka panjang, sekolah baharu iaitu SK Cyberjaya 2 yang dilengkapi dengan 36 bilik darjah dan pelbagai kemudahan lain kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2027.

“Sebanyak RM69 juta turut diperuntukkan untuk pembinaan 301 bilik darjah tambahan baharu menggunakan kaedah IBS di 95 buah sekolah seluruh negeri Selangor.

“Kerajaan komited meningkatkan akses pendidikan dan menangani isu sekolah padat.

“Ini dibuktikan menerusi kelulusan pembinaan 44 buah sekolah baharu di seluruh negara pada tahun ini dan 26 lagi pada tahun 2024,” jelasnya.

Sebelum ini, ibu bapa kepada murid sekolah berkenaan mendesak kerajaan agar menyelesaikan isu kepadatan murid di SK Cyberjaya.

Sementara itu, Fadlina berkata, pembinaan bilik darjah tambahan baharu menggunakan kaedah IBS adalah penyelesaian jangka pendek dan efektif bagi menangani isu sekolah padat.

“Ia dapat memberi keselesaan kepada kepada guru dan murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya