Ezzanie Jasny aktif sertai acara larian - Utusan Malaysia

Ezzanie Jasny aktif sertai acara larian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menjadi seorang yang sedia aktif bersukan memang tidak mudah untuk bertukar pasif tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Paling tidak, mereka akan terus melakukan sukan atau senaman ringan bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Seperti pemilik nama lengkap, Nur Ezzanie Sherazade Jasny, dia kerap melibatkan dirinya dalam aktiviti larian setiap hujung minggu demi melengkapkan rutin mingguannya.

“Sejak kebelakangan ini, saya kerap libatkan diri dalam acara larian pada Hari Tanpa Kenderaan yang dianjurkan oleh kerajaan setiap hari Ahad atau mana-mana program anjuran kelab larian,” katanya kepada Pancaindera.

Bagi pelakon yang berusia 26 tahun itu, dirinya terasa janggal sekiranya tidak bersenam mahupun berlari selain mahu mengekalkan bentuk badan yang ideal

“Saya suka lakukannya sebab saya perlu kekalkan kesihatan tubuh badan dan perlu sentiasa berpeluh sebab berat badan saya mudah naik. 

“Jadi, saya memang perlu banyak bergerak. Mungkin juga kerana dulu saya kuat bersukan di sekolah, saya rasa saya perlu terus lakukannya,” jelasnya.

Kata Ezzanie lagi, antara cabaran untuk dirinya terus konsisten melakukan hobinya itu disebabkan kekangan waktu yang terlalu padat dengan jadual kerja. 

“Bila bekerja, saya memang tiada masa untuk bersukan. Saya akan lakukannya ketika saya cuti atau  tidak terikat dengan mana-mana penggambaran. 

“Untuk membahagi masa ini agak susah kerana waktu saya tidak menentu dan tiada hari yang spesifik untuk lakukannya. Itu juga salah satu cabaran untuk saya,” katanya.

Ditanya sama ada dia ada menyertai mana-mana komuniti, pelakon drama bersiri Layang-Layang Perkahwinan itu mendedahkan dia ada menyertai sebuah kelab larian bersama sepupunya.

Bagaimanapun, aktres jelita itu tidak mendedahkan perincian lanjut mengenai kelab larian yang disertainya itu.

“Saya ada libatkan diri dalam satu kelab larian bersama sepupu saya tetapi saya tidak ingat apa nama kelab tersebut. 

“Saya juga tidak kisah libatkan diri dalam acara larian yang dianjurkan oleh mana-mana kelab,” ujarnya. 

Berbicara mengenai hobi, tidak sah juga jika tidak melaburkan sejumlah wang ringgit demi memenuhi kepuasan melakukan hobi tersebut.

Ezzanie berkata, dia tidak berbelanja secara berlebihan untuk aktiviti kegemarannya itu selain membeli keperluan lengkap untuk berpesan.

“Untuk hobi berlari ini, saya tidak berbelanja banyak pun. Saya hanya membeli kasut dan pakaian sukan sahaja,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya