Enam individu ditahan kes pengabaian kanak-kanak

Enam individu ditahan kes pengabaian kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis menahan enam individu termasuk tiga wanita bagi membantu siasatan berkaitan kes pengabaian kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, di sini, semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kanak-kanak terbabit dilaporkan meninggal dunia sehari selepas mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan pada 19 Februari lalu.

Katanya, kesemua mereka yang berumur antara 17 tahun hingga 44 tahun direman seminggu  sehingga 5 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Berdasarkan laporan, pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)  menerima seorang pesakit kanak-kanak perempuan kerana tidak sedarkan diri kira-kira  pukul 10 malam, 19 Februari lalu.Pemeriksaan fizikal ke atas badan mangsa mendapati terdapat kesan lebam di kedua-dua belah tangan dan kaki yang ketika itu mangsa ditempatkan di zon merah untuk pemeriksaan susulan.

“Bagaimanapun kanak-kanak itu meninggal dunia pada 20 Februari lalu,” katanya selepas Majlis Meraikan 114 Pesara Polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya