Empat imam tidak baca khutbah JAIPk digantung tugas

Empat imam tidak baca khutbah JAIPk digantung tugas

ZAKARIA Abd. Razak (tengah) menunjukkan tulisan kaligrafi pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Masjid Muhammadiah, Ipoh, Perak. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menggantung sementara tugas empat imam yang dilaporkan tidak membaca teks khutbah Jumaat disediakan pada solat Jumaat, 31 Januari lalu.

Timbalan Pengarah JAIPk, Zakaria Abd. Razak berkata, tindakan segera menerusi surat yang dikeluarkan 6 Februari lalu itu turut melibatkan sekatan elaun perkhidmatan keempat-empat imam terlibat.

Katanya, setakat ini, pihak­nya menerima empat aduan melibatkan dua imam dari masjid di Teluk Intan dan ma­sing-masing seorang imam dari Parit Buntar dan Kuala Kangsar.

“Tempoh gantung tugas ini bergantung kepada tarikh Jawatankuasa Tatatertib bersidang, kita jangka dalam masa dua minggu lagi.

“Jadi, kemungkinan awal Ramadan ini mereka akan bersidang bagi memutuskan sama ada imam terbabit akan ditamatkan perkhidmatan atau dikenakan tindakan tatatertib lain,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Masjid Muhammadiah, Taman Tasek Jaya di sini, semalam.

Kata Zakaria, berdasarkan siasatan awal, antara alasan yang diberi imam terlibat adalah tidak dapat membuka komputer untuk mendapatkan teks khutbah bagi minggu berke­naan.

Beliau memaklumkan, isu itu turut mendapat perhatian Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya