Empat ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol di Kluang

Empat ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol di Kluang

POLIS menjalankan pemeriksaan pernafasan dalam Ops Mabuk yang diadakan di sekitar bandar Kluang, tengah malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Empat pemandu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Ops Mabuk di bandar Kluang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pemandu berusia 25 hingga 56 tahun ditahan selepas pemeriksaan melalui ujian pernafasan melebihi kadar dibenarkan iaitu 50mg/100ml.

Katanya, dalam operasi itu polis telah membuat pemeriksaan ke atas 23 individi serta 20 buah kenderaan.

“Sebanyak lapan keping saman atas pelbagai kesalahan trafik telah dikeluarkan. Empat pemandu yang ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol direman dua hari bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, semua tahanan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan akan disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) yang membawa hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun serta hilang kelayakkan lesen memandu selama dua tahun, jika sabit kesalahan.

“Operasi seperti ini akan terus diadakan pada masa-masa akan datang bagi memastikan keselamatan pengguna jalan yang lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya