Empat bulan tidak sebumbung, Linda tidak halang Beego jumpa anak - Utusan Malaysia

Empat bulan tidak sebumbung, Linda tidak halang Beego jumpa anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kami sudah empat bulan tidak duduk bersama. Tetapi saya ada bagi peluang untuk Beego berjumpa dengan anak-anak.”

Demikian kata pelakon, Linda Hashim usai proses sebutan pertama kes perceraiannya bersama Beego di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Kata Linda, dia tidak menghalang pelakon itu berjumpa dengan anak-anaknya meskipun mereka tidak lagi sehaluan.

“Saya tidak pernah menghalang dia untuk jumpa anak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ditanya mengenai keadaan anak-anak, Linda memaklumkan puteri sulungnya, Jelita Clarissa mengetahui akan masalah rumah tangga mereka.

“Anak yang pertama sudah tahu mengenai perceraian ini daripada masa kami bercerai kali pertama. Dia sudah faham malah, sempat bagi semangat dan kekuatan dekat saya,” jelasnya.

Hari ini, mahkamah menetapkan 6 Mac depan merupakan tarikh sebutan kedua bagi kes tersebut.

Untuk info, Linda menfailkan cerai buat kali ketiga terhadap Beego pada 17 Januari lalu dengan alasan tidak mempunyai persefahaman.

Bagaimanapun, pasangan ini pernah bercerai pada 27 Mac 2023 namun kembali rujuk pada 9 April 2023 sebelum kembali berpisah beberapa bulan selepas itu.

Linda dan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya