Dua spesies ikan 'alien' dikesan di Terengganu 

Dua spesies ikan ‘alien’ dikesan di Terengganu 

RUZAIDI Mamat (kanan) melihat ikan bersaiz gergasi yang dikenali sebagai arapaima gigas di Zoo Rimba Razia, Kuala Berang, Hulu Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Jabatan Perikanan Negeri Terengganu mengesan kewujudan dua spesies ikan ‘alien’ atau pendatang di Terengganu melibatkan Sungai Terengganu, di sini dan Tasik Telabak, Besut.

Pengarahnya, Ruzaidi Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung ikan pemangsa tersebut iaitu baung ekor merah dan peacock bass daripada pemancing setempat sejak Januari tahun lalu.

“Beberapa kes ikan baung ekor merah dikesan di Sungai Terengganu, Hulu Terengganu. Selain itu, terdapat laporan wujudnya ikan tersebut dan peacock bass di Tasik Telabak, Besut.

“Namun ancaman kehadiran ikan pendatang itu setakat ini masih terkawal dan tidak berada di tahap yang serius sehingga menjejaskan ekosistem atau mengurangkan sumber ikan tempatan.

“Kita harapkan kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepadaPejabat Perikanan Daerah sekiranya mereka menjumpai spesies ikan-ikan pemangsa atau pendatang ini,” katanya selepas Program Penandaan Ikan Terlarang Import ke Malaysia di Kampung Dusun, di sini hari ini.

 Ruzaidi mengingatkan semua pihak supaya tidak melepaskan spesies ikan asing sewenang- wenangnya ke dalam sungai atau tasik kerana tindakan itu boleh mengancam spesies ikan tempatan.

Katanya, orang ramai yang berminat  memelihara  ikan larangan import seperti arapaima gigas atau pacu perlu memohon lesen khas yang dikeluarkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya