Dua individu rugi RM109,750 terpedaya sindiket penipuan 

Dua individu rugi RM109,750 terpedaya sindiket penipuan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua individu mengalami kerugian sebanyak RM109,750 akibat terpedaya sindiket penipuan cabutan bertuah dalam laman sosial Facebook.

Mangsa pertama, seorang pesara wanita berusia 60 tahun kerugian sebanyak RM66,000 manakala seorang lagi mangsa iaitu guru lelaki yang berusia 50 tahun pula kerugian sebanyak RM43,750.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kedua-dua mereka terpikat melihat tawaran cabutan bertuah di Facebook pada 11 Februari lalu.

Katanya, mangsa menekan pautan yang diberikan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung hadiah cabutan bertuah tersebut namun mereka perlu memberikan maklumat perbankan masing-masing sebelum boleh melihat apakah  hadiah yang ditawarkan.

“Tidak lama kemudian, mereka menerima satu mesej melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) yang memaklumkan telah berdaftar dengan satu aplikasi di telefon bimbit. Mereka telah membuat semakan dengan bank dan terkejut apabila mendapati wang dalam akaun masing-masing telah lesap,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya