Dua ditahan bantu siasatan kes bunuh warga emas

Dua ditahan bantu siasatan kes bunuh warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dan seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang wanita warga emas di Taman Sri Skudai, Skudai di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan tentang mangsa berusia 79 tahun yang ditemukan dalam keadaan terbaring di ruang tamu dengan tubuhnya ditutup kain batik pada pukul 7.08 malam.

“Siasatan awal mendapati beberapa barang milik mangsa telah hilang dan dipercayai dicuri.

“Pemeriksaan pihak perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dengan dipercayai terdapat unsur jenayah menyebabkan kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Balveer Singh berkata, lelaki berusia berusia 51 tahun dan seorang wanita 58 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari sejak semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kami turut merampas dua telefon bimbit beserta kad sim, pakaian milik suspek, bantal dan dua cebisan resit pajak gadai manakala semakan rekod mendapati seorang suspek mempunyai kesalahan lampau bersabit dadah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya