Dokumentasi 100 lagu Melayu terbaik dalam 100 tahun - Utusan Malaysia

Dokumentasi 100 lagu Melayu terbaik dalam 100 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah projek menghimpunkan 100 buah lagu terbaik sejak 1900 telah diadakan bagi mendokumentasi evolusi muzik Malaysia.

Projek bernama 100 lagu 100 tahun itu telah diketuai Pengerusi Eksekutif World Business Affairs, Prof. Emeritus Datuk Seri Dr Mohamad Mustafa Ishak dengan kerjasama pengasas Luncai Emas Sdn Bhd, Datuk M Nasir dan komposer, Dr Azmeer.

Menurut Mohamad Mustafa, pemilihan lagu itu dibuat melihat kepada populariti dan impak yang tinggal ditinggalkan lagu tersebut kepada pendengar pada zamannya.

“Bermula daripada perbualan santai, idea untuk mendokumentasikan khazanah seni negara khususnya lagu Melayu sudah ada sejak 2016.

“Memang sukar untuk membuat pemilihan lagu. Akhirnya, kami putuskan berpegang kepada kriteria mesti mewakili zaman, sedap didengar serta mempunyai impak,” katanya.

Mohamad Mustafa ditemui Utusan Malaysia di majlis peluncuran 100 Lagu Melayu Pilihan Terbaik dalam Seratus Tahun.

Tambahnya lagi, projek ini juga akan dibahagikan kepada empat volume dan diterbitkan dalam bentuk audio, visual dan juga buku meja kopi menceritakan secara terperinci latar belakang lagu.

Setiap volume pula mengandungi 25 buah lagu yang dinyanyikan semula oleh artis popular seperti Lah Ahmad, Liza Hanim, Bunga dan ramai lagi.

“Setiap lagu mewakili zaman, ada citra, sejarah dalam era tertentu yang membawa nostalgia.

“Generasi muda kena tahu sejarah masyarakatnya daripada komposer, penggubah lagu, mesej dan impak sesuatu lagu.

“Itulah kepentingan penerbitan buku dalam dua bahasa agar masyarakat luar juga boleh mengenal komposer dan penyanyi kita,” katanya yang meracang menerbitkan buku volume pertama dua bulan lagi.

Bagaimanapun, Mohamad Mustafa mengakui pihaknya masih memerlukan dana untuk meneruskan penerbitan projek ini.

“Kami belanjakan lebih RM300,000 untuk audio sahaja. Kami harap ada pihak yang boleh berikan sokongan dan tajaan daripada pelbagai sektor.

“Kita tidak buat ini untuk keuntungan tapi sebagai sumbangan kepada negara,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya