Doakan saya lebih berhati-hati - Nabil Ahmad - Utusan Malaysia

Doakan saya lebih berhati-hati – Nabil Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selebriti dan pengacara, Nabil Ahmad memohon semua pihak mendoakan dirinya agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan video di media sosial.

Ia berikutan penularan rakam layar panggilan video baru-baru ini, yang memaparkan isterinya, Zira Ayob, tidak menutup aurat di media sosial.

“Doakan saya supaya jangan keluarkan video-video begitu dan lebih berhati-hati. Insya-Allah,” katanya.

Selain itu, mengulas mengenai penularan video itu, pengacara program Gegar Vaganza itu berkata, dia tidak perasan isterinya tidak menutup aurat dengan sempurna ketika panggilan video itu.

“Saya tak perasan. Saya nampak dia macam pakai tudung. Terlepas dan tak sengaja.

“Saya ingatkan dia pakai tudung. Saya pun baru tahu benda ini tular. Saya yang suruh pihak radio muat naik sebab saya ingatkan dia bertudung,” katanya.

Nabil ditemui di sesi Meet & Greet Duta Jakel yang berlangsung di Shah Alam, hari ini.

Sebelum ini tular video Nabil melakukan panggilan video bersama isterinya yang sedang memasak di rumah menyediakan menu untuk rakan-rakan di konti radio.

Rakaman tersebut turut dimuat naik di laman sosial rasmi radio Era namun kemudiannya dipadam selepas menerima banyak kecaman.

Dalam video berkenaan kelihatan Nazirah atau Zira hanya memakai tuala menutup bahagian kepala.

Berharap perkara sebegitu tidak akan berulang, Nabil berjanji akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang kandungan di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya