Diskaun tol 50 peratus bagi musim perayaan tahun ini

Diskaun tol 50 peratus bagi musim perayaan tahun ini

ALEXANDER Nanta Linggi melihat pelan pembinaan jejantas laluan motosikal dan pejalan kaki berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Leman, Sekinchan semasa melakukan lawatan kerja di Jalan Persekutuan FT05 Sungai Besar - Sabak Bernam, Sekinchan, Selangor, hari ini. - UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Kerajaan akan memberi diskaun tol 50 peratus sepanjang musim perayaan tahun ini sebagai mekanisme menggantikan tol percuma yang dilaksanakan sebelum ini. 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, diskaun tersebut akan dilaksanakan selama lapan hari setahun. 

Jelas beliau, inisiatif itu menjimatkan kos pembiayaan kerajaan kepada syarikat konsesi berjumlah RM80 juta setahun berbanding RM180 juta menerusi pemberian tol percuma. 

“Pada Tahun Baharu Cina lalu, kita memberi diskaun 50 peratus dengan keputusan itu dibuat kerana rakyat masih memerlukannya (musim perayaan). 

“Jadi, kita memutuskan ia (diskaun) sepanjang tahun pada musim perayaan dengan selepas ini Aidilfitri dan seterusnya,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di Jalan Persekutuan FT05 Sungai Besar – Sabak Bernam, Sekinchan di sini, hari ini. 

Utusan Malaysia pada 24 Januari lalu melaporkan, kerajaan mengumumkan diskaun 50 peratus selama dua hari bagi kadar tol biasa sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025.

Keputusan itu diambil selepas kabinet sebulat suara meneruskan bantuan tol biarpun menanggung implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM20.08 juta bagi membayar pampasan kepada syarikat konsesi tol.

Mengulas lanjut, kata Alexander, keputusan pemberian diskaun bagi setiap musim perayaan itu telah dipersetujui kabinet sebelum ini. 

“Kabinet boleh putuskan atau tukar pandangan ikut keperluan. Syukur Kabinet masih katakan okay bagi dululah, jangan 100 peratus tol percuma.

“Semua (kos diskaun) dibiayai kerajaan dan bukannya syarikat konsesi. Jadi, saya harap rakyat tahu itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya