Disangka sakit, ‘mereput’ tua, Azwan Ali hanya berlakon - Utusan Malaysia

Disangka sakit, ‘mereput’ tua, Azwan Ali hanya berlakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Pelakon dan pengacara sensasi, Azwan Ali, terkilan apabila penampilannya berkerusi roda dalam video muzik Lelaki Gila menjadi bahan kecaman di media sosial.

Jelas Azwan, dia diminta membawa karakter lelaki tua yang sakit namun tidak menyangka ada pihak yang menyebarkan berita palsu kononnya pelakon itu sudah uzur.

“Saya terkilan dengan kecaman yang kata saya sudah mereput tua sedangkan itu hanya watak. Ada juga kenalan yang menyangka saya sudah sakit kerana lihat video di TikTok.

“Rupanya mereka tonton klip sebelum lagu dilancarkan secara rasmi. Inilah kesan apabila warganet beriya bercakap mengenai itu. 

“Saya bakal mencecah 60 tahun dalam minggu hadapan. Memang saya sudah berusia namun belum terlalu tua seperti dalam video tersebut,” katanya. 

Azwan Ali ditemui Utusan Malaysia di majlis pelancaran album Rasa Dahlia Farhana dan Lelaki Gila Naim Daniel di XO House, Sungai Buloh, semalam. 

Pengacara program Lagu Cinta Kita 2 itu juga meminta agar warganet berhati-hati memuat naik sebarang kenyataan agar tidak menimbulkan salah faham.

“Secara tidak langsung, saya juga perlu memuji hasil kerja pasukan produksi Lelaki Gila yang buat orang percaya wajah tua itu. Cuma saya tidaklah sehodoh itu. 

“Kepada yang bertanya sebab ambil berat kepada saya, Alhamdulillah. Cuma saya mahu jelaskan sekali lagi ia hanya lakonan. 

“Semoga warganet berhati-hati bercakap mengenai video yang tular itu,” tambahnya.

Terdahulu, Azwan Ali membuat penampilan istimewa  membintangi video klip lagu Lelaki Gila nyanyian Naim Daniel.

 Dalam video tersebut, Azwan tampil berkerusi roda di rumah kebajikan orang tua sambil memegang foto Ziana Zain. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN