Dia ada maruah dan reputasi, jangan jatuhkan dia - Isteri Along Cham

Dia ada maruah dan reputasi, jangan jatuhkan dia – Isteri Along Cham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun rumah tangga sedang retak menanti belah, isteri kepada pelawak, Along Cham, Afreena Suhaimi tetap membela suaminya yang tidak berhenti menerima tohmahan netizen.

Menerusi perkongsian di Instagram, Afreena berharap orang ramai berhenti memburukkan Along kerana pelawak itu masih memiliki reputasi.

“Biar apa pun yang berlaku ketika ini dan apa sahaja yang akan terjadi pada masa akan datang, tolong berhenti bercakap buruk tentang suami saya. Dia ada maruah dan reputasi. Jangan jatuhkan dia.

“Membaca komen negatif melukakan dan menghancurkan hati saya serta suami. Dia mungkin salah di mata orang ramai termasuk saya. Namun, siapa anda untuk berbicara tentang seseorang yang tidak dikenali secara peribadi,” kata sambil menambah dia tetap akan pertahankan pelawak itu meskipun rumah tangga mereka sedang diuji.

“Saya juga melakukan kesilapan yang membawa kami kepada situasi hari ini. Kami berdua tidak sempurna, memulakan perjalanan yang indah, suka duka, susah dan senang hanya kami berdua yang tahu.

“Kami hancur bersama dan sembuh bersama. Kami hampir berpisah dan memilih untuk bertahan kerana percaya itu ini adalah ujian besar Allah,” ujarnya.

Dalam masa sama, Afreena meluahkan rasa bersyukur kerana dikurniakan suami sebaik Along walaupun pelawak itu memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan tersebut.

“Hubungan kami sangat terdedah dan hanya Allah yang tahu apa yang berlaku. Namun, saya bersyukur kerana Allah mengutus awak, suami tersayang. Tiada apa yang boleh saya ucapkan selain terima kasih kerana menjadi lelaki yang hebat dan bapa yang baik, sayang awak.

“Awak adalah pengalaman yang tidak ternilai bagi saya. Semoga Allah permudahkan urusan kami berdua selepas ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN