DBKL sita 7 penjaja, 3 kompaun berniaga tanpa lesen

DBKL sita 7 penjaja, 3 kompaun berniaga tanpa lesen

DBKL melaksanakan tindakan khas ke atas penjaja yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di sekitar Pasar Pagi Taman OUG, Seputeh, di sini, Sabtu lalu - FACEBOOK DBKL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak tujuh tindakan sita barang dan tiga notis tawaran kompaun dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada penjaja yang menjalankan perniagaan tanpa lesen.

DBKL berkata, tindakan khas tersebut juga dikenakan kepada penjaja membuat halangan di atas jalan awam di sekitar Pasar Pagi Taman OUG, Seputeh.

“Hasil daripada tindakan tersebut, sebanyak tujuh tindakan sita barangan perniagaan dan tiga notis kompaun telah dikenakan terhadap penjaja yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dan membuat halangan di atas jalan awam.

“Tindakan dilaksanakan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 .

“Kesemua barangan yang dikenakan tindakan sita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, DBKL berkata, pihaknya akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

“Orang ramai boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera sekiranya terdapat sebarang aduan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya