DBKL Sita 12 Gerai Penjaja Haram, Skuter Elektrik di Bukit Bintang

DBKL Sita 12 Gerai Penjaja Haram, Skuter Elektrik di Bukit Bintang

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: 12 gerai penjaja haram dan beberapa skuter elektrik yang disewakan secara tidak sah disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL menerusi satu kenyataan  memaklumkan, operasi khas itu dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Bukit Bintang di beberapa lokasi utama, termasuk Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee, Jalan Pinang dan Jalan Bukit Bintang.

“Sebanyak 12 tindakan sita telah diambil mengikut peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” katanya.

Antara barangan yang disita termasuk meja, kerusi plastik, pakaian, skuter, payung, dan pelbagai peralatan lain yang digunakan untuk perniagaan tanpa kebenaran. 

Semua barangan yang disita telah dibawa ke Stor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tujuan rekod dan dokumentasi.

DBKL menegaskan bahawa pemantauan serta tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang di lokasi tumpuan sekitar ibu kota.

Orang ramai yang ingin menyalurkan aduan berkaitan boleh berbuat demikian melalui pautan https://adukl.dbkl.gov.my/. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya