DUNGUN: Seorang anak lelaki yang mahu menziarahi bapanya terkejut apabila menemukan mayatnya dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah di Paka, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, mayat Abdul Hamid@Khamsul Abdullah,64, ditemukan anak lelakinya yang berusia 36 tahun kira-kira pukul 12.34 tengah hari.
Katanya, difahamkan warga emas itu yang merupakan pesara sebuah syarikat minyak dan gas tinggal bersendirian di rumah tersebut.
“Ketika anak mangsa tiba di rumah bapanya, dia menghidu bau busuk dan mendapati banyak lalat berada di pintu rumah. Sebaik sahaja membuka pintu rumah, dia terkejut melihat bapanya terbaring di atas lanta,” katanya hari ini.
Maizura berkata, lelaki itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Paka dan berdasarkan siasatan awal, didapati tiada sebarang unsur jenayah serta kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN