'Cukuplah kita bergaduh, dipecah-pecahkan'

‘Cukuplah kita bergaduh, dipecah-pecahkan’

HAJIJI Noor (duduk-tengah) bersama pimpinan GRS yang hadir pada Program Jelajah Sayangi Sabah di Ranau, Sabah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANAU: “Cukuplah kita digaduh-gaduhkan, dipecah-pecahkan sebelum ini”

Demikian menurut Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor yang berpandangan politik tidak sewajarnya memecah-belahkan rakyat di Sabah.

“Kita mesti bijak dalam berpolitik, cukuplah kita digaduh-gaduhkkan, dipecah-pecahkan sebelum ini, jangan kita lepaskan peluang kali ini.

“Banyak parti sekarang melihat perpaduan GRS, kita tunjuk kepada mereka bahawa GRS adalah pilihan rakyat kita di Sabah. Ini peluang keemasan yang kita tawar kepada rakyat Sabah,” katanya pada Program Jelajah Sayangi Sabah Zon Ranau di Pentas Budaya Pekan Kundasang, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri yakin GRS mampu mempertahankan ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Ranau pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Ketiga-tiga kerusi DUN itu ialah Kundasang, Karanaan dan Paginatan akan kekal menjadi milik GRS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya