Cubaan seludup 18.9 kg Methamphetamine ke Sarawak gagal

Cubaan seludup 18.9 kg Methamphetamine ke Sarawak gagal

Dadah jenis Methamphetamine yang dirampas pada Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Taktik licik menyembunyikan dadah dalam kotak makanan untuk diseludup melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, di sini berjaya dibongkar polis pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, susulan itu, pihaknya menahan seorang lelaki selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, suspek didapati meletakkan dadah dalam kotak makanan bersekali dengan bungkusan makanan ringan dan cuba dibawa masuk ke dalam pesawat menggunakan kaedah ‘self check-in’.

“Soal siasat terhadap suspek membawa kepada serbuan di sebuah bilik hotel di Sepang sebelum berjaya menemui satu kotak mengandungi lapan bungkusan plastik berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 8.4 kilogram (kg).

“Susulan itu, seorang lagi suspek ditahan di Balai Pelepasan KLIA 2 dengan rampasan satu kotak berisi 10 bungkusan plastik berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah methamphetamine seberat kira-kira 10.5 kg.

“Kedua-dua suspek berusia 19 dan 20 tahun itu tidak mempunyai rekod lampau,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, salah seorang suspek bagaimanapun didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

Azman berkata, keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM607,200 itu dipercayai untuk pasaran di Sarawak.

Katanya, analisa penggunaan dadah keseluruhan dadah syabu yang dirampas kali ini boleh dibekalkan kepada 94,875 orang pengguna dalam masa sehari.

“Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari sehingga 14 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tegas beliau, polis mengalukan orang awam menyalurkan maklumat jenayah terutama dadah dalam usaha membanteras aktiviti pengedaran serta penyalahgunaan dadah secara habis-habisan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya