Cuba bunuh diri selepas tikam kekasih

Cuba bunuh diri selepas tikam kekasih

KENDERAAN polis membawa mayat seorang wanita yang dipercayai dibunuh di Taman Seri Mangga, Pokok Mangga, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Cemburu dipercayai menjadi motif seorang wanita ditemui maut dibunuh di sebuah rumah sewa di Taman Seri Mangga, Pokok Mangga di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, susulan itu seorang lelaki berusia 54 tahun yang mengalami kecederaan telah ditahan selepas ditemukan berada dalam bilik bersama mangsa.

Katanya, suspek mengalami kecederaan dipercayai kerana mahu membunuh diri.

“Saksi memaklumkan terdengar seperti orang sedang bergaduh pada pagi 21 Februari lalu. Semalam, saksi telah mengetuk dan membuka pintu bilik mangsa sebelum melihat seorang wanita berlumuran darah terbaring atas katil.

“Lelaki itu kemudian ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes berkenaan. Hasil siasatan awal mendapati berlaku salah faham antara mangsa dan suspek dipercayai kerana cemburu,” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, mayat seorang wanita berusia 52 tahun ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di atas katil bersama seorang lelaki yang berada berhampirannya dalam keadaan cedera.

Tambah Christopher, polis turut merampas dua bilah pisau pemotong sayur dipercayai digunakan dalam kes tersebut.

“Laporan bedah siasat mayat mangsa masih belum diperoleh. Suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 2 Mac bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya