Cuaca baik pagi ini, masa terbaik untuk beriadah hujung minggu

Cuaca baik pagi ini, masa terbaik untuk beriadah hujung minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan cuaca cerah dan tiada hujan dikesan di hampir seluruh negara pada pagi ini.

Menurut laporan MetMalaysia yang disiarkan menerusi YouTube, hujan hanya berlaku di beberapa kawasan seperti Kuantan di Pahang, persisiran negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

“Keadaan hujan ini dijangka beransur reda lewat pagi nanti. Bagi lain-lain kawasan, tiada hujan dikesan pagi ini,” katanya.

Selain itu, MetMalaysia turut memaklumkan keadaan cuaca di Sabah dan Sarawak juga kelihatan baik melibatkan kebanyakan kawasan di kedua-dua negeri tersebut pada pagi ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mengikuti perkembangan terkini cuaca melalui saluran rasmi MetMalaysia bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya