Courts Malaysia lancar kempen raya - Utusan Malaysia

Courts Malaysia lancar kempen raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Courts (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan kempen raya 2025 bertemakan Tradisi Bertemu Inovasi yang menggabungkan unsur tradisi dengan inovasi moden dalam memberikan pengalaman perayaan yang lebih meriah dan bermakna.

Ketua Pegawai Eksekutif Courts Malaysia, Harry Higashiura berkata, pihaknya sentiasa komitmen memberikan penyelesaian gaya hidup yang mampu milik, mudah diakses dan inklusif.

“Kempen Raya ini adalah cara kami mengimbangi warisan budaya Malaysia dengan inovasi terkini, memastikan setiap pelanggan dapat merasai kemeriahan perayaan tanpa perlu bimbang mengenai kos.

“Kami ingin pelanggan kami menikmati pelbagai tawaran menarik yang memberi manfaat kepada mereka semasa musim perayaan. Ini termasuk pulangan tunai, diskaun hebat, serta pelan pembayaran fleksibel yang memudahkan pemilikan produk,” ujarnya.

Harry menambah, pelanggan yang membelanjakan RM500 atau lebih berpeluang untuk menyertai peraduan Beli & Menang dengan hadiah seperti Samsung Galaxy S24 Ultra, Hisense Smart TV dan baucar tunai RM1,000.

“Dengan kerjasama daripada rakan strategik kami, pelanggan yang membeli daripada jenama tertentu juga boleh menikmati tiga kali ganda penyertaan dalam peraduan ini,” tambahnya.

Kempen Raya 2025 ini juga memperkenalkan pertunjukan fesyen eksklusif yang menampilkan koleksi Christy Ng Bags pada penghujung Februari.

“Kami berusaha untuk menggabungkan seni tempatan dan inovasi global dalam kempen ini, merayakan kreativiti Malaysia dalam setiap aspek,” kata Harry.

Dengan komitmen berterusan untuk meningkatkan kualiti hidup pelanggan, Courts Malaysia terus memperbaiki format kedai, susun atur, dan pilihan produk untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan.

Sebagai peruncit peralatan rumah yang telah beroperasi sejak 1987, syarikat ini terus menambah baik penawaran mereka dengan misi menjadikan produk rumah lebih mampu milik dan menyediakan pelbagai pilihan pembiayaan yang fleksibel.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya