Conteng dinding, warga Republik Czech didenda RM5,000

Conteng dinding, warga Republik Czech didenda RM5,000

BRUKNER Martin didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah menconteng dinding Bangunan Maritim Malaysia Zon Maritim Mersing, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang pelancong warga Republik Czech didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari atas kesalahan menconteng dinding bangunan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Ahad lalu.

Tertuduh, Brukner Martin, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Bangunan Maritim Malaysia Zon Maritim Mersing pada pukul 12.06 tengah malam pada 23 Februari 2025 sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM2,000.

Mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, tertuduh berdepan hukuman denda RM5,000 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afdhallan Shafiq manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuannya, tertuduh menyatakan penyesalan dengan apa yang dilakukan dan mengakui perbuatan menconteng dinding adalah tindakan ‘kebudak-budakan’.

“Saya minta maaf atas perbuatan saya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi di mana-mana negara. Saya mohon hukuman dikurangkan kerana saya perlu membeli tiket untuk pulang,” katanya. 

Mahkamah menjatuhkan denda RM5,000 dan jika gagal membayarnya akan dikenakan penjara empat bulan. Tertuduh membayar denda berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya