Ciri calon BN boleh menang, disukai rakyat -

PRK Ayer Kuning: Ciri calon BN boleh menang, disukai rakyat – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID Hamidi ketika berucap pada Majlis Perasmian Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) Felcra Berhad di Tanjung Seratus, Kuala Rompin di Rompin, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Ciri calon yang dipilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning adalah boleh menang, boleh diterima dan disukai rakyat di kawasan tersebut. 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, jawatankuasa UMNO Perak dan kepemimpinan UMNO Bahagian Tapah bagi mengenal pasti calon berkelayakan. 

“Ciri-ciri calon adalah wali, boleh menang, boleh diterima dan disukai rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) Felcra Berhad di Tanjung Seratus, Kuala Rompin, di sini hari ini.

PRK itu bakal diadakan susulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), BN memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 menewaskan empat calon lain masing-masing dari PH, PN, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Gerakan Tanah Air.

Ditanya adakah calon daripada Pemuda UMNO akan diketengahkan pada PRK DUN Ayer Kuning susulan rekod cemerlang pada siri PRK sebelum ini, Ahmad Zahid berkata, parti itu memberikan peluang kepada semua kumpulan.

“Kita akan menyenarai pendek bakal-bakal calon (dalam masa terdekat),” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya