Cari sampai dapat, ini memang kejam - Sultan Pahang

Cari sampai dapat, ini memang kejam – Sultan Pahang

AL-SULTAN Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika mencemar duli menziarahi keluarga mangsa kes bunuh di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya suspek pembunuhan wanita yang mayatnya ditemukan di tepi Jabatan Sungai Tanjung Lumpur, di sini semalam, segera diberkas.

Baginda menyifatkan tindakan suspek ke atas mangsa, Allahyarham Norshamira Zainal, 37, sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Cari sampai dapat, ini memang kejam,” titah Sultan Pahang ketika menziarahi keluarga mangsa di pekarangan Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, di sini hari ini.

Sementara itu, bapa mangsa, Zainal Rahim, 65, berkata, dia tidak dapat menahan kesedihan dan tidak dapat menerima cara anak kedua dari enam beradik itu meninggal dunia.

“Semasa bertemu dengan Tuanku saya minta keadilan dalam kes ini dan Tuanku cakap memang kejam dan kena cari sampai dapat.

“Saya tidak dapat menahan kesedihan dan saya tidak dapat terima cara dia (Allahyarham) meninggal dunia kerana dia bukan sakit tetapi sihat walafiat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya