Cara qada solat tertinggal

Cara qada solat tertinggal

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cara qada solat tertinggal

Salam ustaz, masa saya muda dahulu saya banyak meninggalkan sembahyang fardhu. Saya rasa bersalah dan ingin bertaubat. Apakah nasihat ustaz jika saya ingin qada solat fardhu saya. Bagaimana caranya, Mohon penjelasan ustaz?

JAWAPAN
Hukum meninggalkan solat fardu adalah wajib diqada. Insya-Allah taubat tuan akan diterima Sekiranya tidak sempat qada disebabkan kematian, Allah Maha Pengampun. Banyakkan sedekah dan istighfar dan membuat kebaikan.

-Hakimi
Kuala Lumpur

Meraup muka selepas solat

Soalan
Apakah hukumnya meraup muka selepas solat atau tahyat akhir? Apakah itu sebahagian daripada hukum sembahyang?
Mustaqim
Johor Bahru

JAWAPAN
Hukum menyapu muka selepas solat tidak terdapat larangan kerana sudah di luar solat walaupun tidak sabit hadis kuat terhadap isu ini. Namun terdapat hadis daif daripada Anas bin Malik menyebutkan wujud sapu muka selepas solat dan ia tidak mengapa diamalkan walaupun yang lebih afdal tidak melakukannya.

 

Batas aurat anak angkat

Soalan
Apakah batas aurat seorang anak angkat kepada keluarga angkatnya?

-Rashifah
Temerloh

JAWAPAN : Hukum aurat anak angkat dengan keluarga angkat adalah hukum ajnabi terlaksana semua hukum penutupan aurat seperti dimaklumi.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada  [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya