Cangkuk tali pinggang keledar palsu undang bahaya

Cangkuk tali pinggang keledar palsu undang bahaya

HANIF YUSABRA Yusuf menunjukkan alat pencangkuk tali pinggang keledar palsu yang dikesan digunakan pemilik kenderaan di Plaza Tol Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. - UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kesalahan melibatkan tali pinggang keledar menjadi kesalahan utama dikesan pada operasi khas sempena pe­rayaan Tahun Baharu Cina yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di negeri ini.

Lebih membimbangkan, ia termasuklah penggunaan alat pencangkuk tali pinggang ke­ledar palsu atau ‘dummy buckle’ yang jelas boleh mengundang bahaya.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pihaknya mendapati penggunaan alat itu semakin menjadi trend dan dipakai secara meluas dalam kalangan pemilik kende­raan.

“Rata-rata orang kena saman memberi alasan penggunaan alat itu adalah bagi menghentikan bunyi penggera amaran kenderaan, selain alasan terlupa dan tidak selesa, ini secara terang-terangan boleh mengundang bahaya dan maut di jalan raya.

“Berikutan itu, tindakan saman dikenakan terhadap mereka dan JPJ akan terus menjalankan advokasi dan menasihatkan agar pemandu mematuhi peraturan sepatutnya demi keselamatan di jalan raya,” katanya dalam sidang akhbar di Plaza Tol Senawang di sini, kelmarin.

Tambah Hanif Yusabra, dalam tempoh operasi yang dilaksanakan, sejumlah 2,508 kenderaan telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya