‘Cancel Culture’ dan harga nyawa selebriti - Utusan Malaysia

‘Cancel Culture’ dan harga nyawa selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ENTAH berapa kali agaknya cerita tragis mengenai artis Korea bunuh diri sudah berlegar di dada akhbar. Cuma kematian pelakon berbakat besar, Kim Sae Ron yang baru berusia 24 tahun mengundang lebih banyak sorotan.

Bukan hanya kerana populariti, namun kerana perjalanan kerjayanya yang berliku di mana dunia lakonanya hancur semalaman gara-gara memandu di bawah pengaruh alkohol.

Dia sudah beberapa kali tampil membersihkan imej bahkan mengubah nama kepada Kim Ah-im untuk memulakan hidup baru dengan membuka kafe. Namun semuanya kecundang.

Dilaporkan sejak 2019, lebih 30 artis Korea Selatan telah mengambil keputusan bunuh diri dan angka ini adalah yang paling tinggi berbanding Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, Jepun dan Itali.

Kejadian bunuh diri yang tragis ini sering dikaitkan dengan beberapa faktor khususnya ‘cancel culture’ atau tindakan memboikot artis yang dianggap keterlaluan.

Berikut kami cuma menjelaskan lebih terperinci bagaimana hubung kait ini boleh menyebabkan lebih ramai selebriti Korea Selatan berisiko bunuh diri.
Media sosial toksik

Masih mengambil contoh kes mendiang Kim Sae Ron. Dia telah dihentam dan dikritik sangat dahsyat secara berterusan sehingga menyebabkannya sukar mendapatkan pekerjaan.

Peminat industri hiburan Korea Selatan sangat keras terhadap selebriti yang melakukan kesalahan, terutama wanita berbanding mereka yang terlibat dengan skandal ‘Burning Sun’.

Menyimpang niat asal

Jika difahami dengan baik, ‘cancel culture’ adakah tindakan yang wajar bagi membela suara artis yang tertindas. Namun hari ini, maksud sebenarnya budaya ini sudah mula disalah erti membuatkan orang meraikan kebencian.

Elak ‘Copycat Suicide’

Ahli akademik mula gusar sekiranya laporan kes bunuh diri terlalu banyak akan mula menyebabkan lebih ramai artis mengambil tindakan demikian.

Fenomena ini dikenali sebagai “Werther effect,” di mana semakin terdedah seseorang dengan kes ini, semakin mereka cenderung melakukannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya