Calon Duta Malaysia ke AS sudah ada - Anwar

Calon Duta Malaysia ke AS sudah ada – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Calon baharu baharu Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz setelah tempoh perkhidmatan tamat 8 Februari lalu sudah dimuktamadkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sudah mempunyai calon baharu namun perlu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim terlebih dahulu.

“Sudah ada calon tetapi proses seperti biasa akan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. 

“Insya-Allah bila saya ke Bahrain dan menziarah Agong, kita boleh dapat perkenan,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan Solat Jumaat di di Masjid As-Salam, Puchong Perdana, di sini hari ini.

Pada 8 Februari lalu, Mohamed Nazri mengesahkan tempoh perkhidmatannya sebagai Duta Besar Malaysia ke AS selama dua tahun sudah berakhir.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming pernah mencadangkan lima nama untuk dipertimbangkan sebagai pengganti Nazri antaranya bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Selain itu, ialah bekas Pengerusi CIMB, Tan Sri Nazir Razak; bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia, Datuk Dr Mohd. Faiz Abdullah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya