Caj kesesakan dapatkan kurang kepadatan trafik

Caj kesesakan dapatkan kurang kepadatan trafik

ZALIHA MUSTAFA - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mekanisme caj kesesakan di Kuala Lumpur dijangka dapat mengurangkan kesibukan jalan raya sekitar 20 peratus di samping mampu meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan warga kota.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, namun kajian mekanisme itu masih di peringkat awal oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC).

Katanya, kajian itu merangkumi pelbagai aspek termasuk mekanisme pelaksanaan, unjuran penurunan jumlah trafik, serta kadar peningkatan penggunaan pengangkutan awam sekiranya caj ini diperkenalkan.

“Pengalaman dari bandar seperti London dan Stockholm menunjukkan bahawa pelaksanaan caj kesesakan mampu mengurangkan kesesakan sehingga 20 hingga 30 peratus, manakala kajian di New York dan Singapura mendapati sistem ini boleh menurunkan jumlah trafik sekitar 10 hingga 15 peratus. 

“Namun kerajaan juga tidak mahu caj tersebut menambah beban pengguna jika diletakkan terlampau tinggi,” katanya di Dewan Rakyat.

Dr Zaliha berkata, kajian Prasarana Malaysia Berhad pada 2020 menunjukkan kerugian yang ditanggung negara akibat kesesakan jalan raya ialah RM20 bilion.

Dalam masa sama, beliau berkata, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan memastikan usaha memantapkan jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur berjalan serentak dengan kajian Caj Kesesakan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya