Buruh mengaku tidak bersalah cederakan jiran

Buruh mengaku tidak bersalah cederakan jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan jiran sekampungnya dengan menggunakan sebilah sabit di Kampung Chekok, Panji dekat sini, kira-kira empat tahun lalu.

Tertuduh, Sallehuddin Shafie@Safie, 44, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki yang berusia 53 tahun. Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Chekok, Panji di sini kira-kira pukul 10 malam pada 2 Jun 2021.

Sallehuddin didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli manakala tetuduh tidak diwakili peguam. Kamarul Hasyimie tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana tertuduh merupakan jiran kepada mangsa selain memohon tarikh baharu untuk serahan dokumen. 

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 12 Mac ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya