Buruh didenda sembunyi individu terlibat insiden rempuhan

Buruh didenda sembunyi individu terlibat insiden rempuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Seorang buruh ladang didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menyembunyikan beberapa individu yang terlibat dalam insiden rempuhan orang ramai di Jalan Klang Lama, baru-baru ini.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan menjatuhkan hukuman itu selepas merekodkan pengakuan bersalah tertuduh, S. Teenesh dan memerintahkan tertuduh dihukum penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Teenesh, 40, didakwa melindungi seseorang diketahui adalah pesalah yang terlibat dengan kesalahan cubaan mematikan orang dengan cara salah bagi mengelak pesalah itu dikenakan tindakan undang-undang dan dihukum.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 6.20 petang, 7 Februari lalu di sebuah rumah kongsi ladang kelapa sawit Kampung Chennah di Jelebu, Negeri Sembilan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-dua sekali.

Menurut fakta kes, pada 29 Januari lalu, seorang pengurus pusat hiburan telah melihat dua kenderaan yang keluar dari bangunan tempat letak kereta dipandu secara melulu melalui jalan di hadapan kelab itu.

Dua kenderaan terbabit secara tiba-tiba melanggar sekumpulan lelaki yang berada di hadapan kelab sehingga menyebabkan dua lelaki dan seorang wanita cedera.

Insiden itu turut dirakam oleh seorang wanita yang tinggal di sebuah kondominium berhampiran. Rakaman kejadian itu turut tular di media sosial.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh manakala peguam Mohamad Zaidi Othman mewakili Theneesh memohon hukuman berbentuk denda dikenakan atas alasan anak guamnya menanggung isteri serta dua anak yang masih bersekolah.

Pada 6 dan 10 Februari lalu, lima lelaki termasuk seorang remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki pisau yang digunakan untuk menyerang dalam satu rusuhan pada pukul 6.18 pagi, 29 Januari lalu di hadapan Kelab Top Plus, Jalan Klang Lama di sini.

Seorang daripada mereka telah mengaku bersalah atas tuduhan tersebut dan didenda RM1,200. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya