Bung Moktar persoal tindakan Hajiji rayu simpati rakyat - Utusan Malaysia

Bung Moktar persoal tindakan Hajiji rayu simpati rakyat

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tindakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang merayu simpati rakyat untuk kekal memerintah selepas Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) dipersoalkan.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, sekiranya Hajiji yakin pelaksanaan hala tuju Sabah Maju Sabah (SMJ) berjaya dan kepemimpinannya berfungsi dengan baik, sepatutnya tiada keperluan untuk merayu dan meminta simpati rakyat.

Jelasnya, rakyat pasti akan terus memberi sokongan dengan ikhlas tanpa sebarang permohonan daripada pihak kerajaan.

“Sekiranya pelan SMJ yang dicanangkan sebelum ini berjalan lancar dan memberikan hasil yang memuaskan, mengapa perlu Hajiji merayu kepada rakyat untuk diberi peluang kedua? Kenapa meminta simpati jika prestasi SMJ benar-benar cemerlang.

“Namun, jika SMJ gagal, saya percaya rakyat sudah pasti memahami keperluan untuk perubahan dan pembaharuan.

“Tapi sekiranya ada kekurangan dalam pelaksanaan tersebut adalah lebih baik bagi Hajiji untuk akui secara terbuka dan memperbaikinya tanpa perlu bergantung kepada rayuan untuk diberi peluang kedua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bung Moktar berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Menteri yang meminta rakyat Sabah terus memberi peluang kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus untuk memerintah sekali lagi selepas PRN17. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya