Bukti keikhlasan, UMNO Johor perlu kongsi kedudukan

Bukti keikhlasan, UMNO Johor perlu kongsi kedudukan

MUHAMMAD FAEZUDDIN PUAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: UMNO Johor perlu membuktikan keikhlasan kerjasama mereka dengan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini dengan memberikan kedudukan dalam pentadbiran kerajaan negeri kepada rakan Kerajaan Perpaduan.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Muhammad Faezuddin Puad berkata, semangat kerjasama itu boleh dilihat di Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Melaka tetapi tidak di Johor.

Menurutnya, sekiranya langkah itu diamalkan, gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) akan terus kukuh di negeri ini menjelang pilihan raya akan datang.

“Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azlen Ambros berkata, kalau PH-BN bekerjasama peluang untuk menang dalam pilihan raya akan datang sangat cerah. Banyak kerusi kita boleh tawan. Saya yakin pemimpin PH boleh bersetuju dengan cadangan itu tetapi UMNO juga perlu berpakat dengan PH ketika ini, di mana pentadbiran kerajaan negeri sedia ada sedang berjalan.

“Adalah penting agar kedua-dua pihak membuktikan keikhlasan kerjasama terlebih dahulu,” katanya.

Tambah Muhammad Faezuddin, UMNO yang memacu kerajaan negeri boleh menjemput pemimpin PH untuk menyertai pentadbiran kerajaan negeri.

“Perkara itu boleh dilakukan dalam pejabat daerah sebagai ketua kampung dan sebagai ahli majlis di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Selain itu, ketika pembahagian kerusi menjelang pilihan raya nanti prinsip menang-menang harus dipraktikkan dengan tiada pihak menjadi ‘abang long’ yang mendominasi atau berebut kerusi potensi menang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya