Bukan hanya pembangkang, kerajaan perlu junjung titah

Bukan hanya pembangkang, kerajaan perlu junjung titah

HAMZAH Zainudin ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam.-JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembangkang mempersoal sikap kerajaan yang didakwa tidak menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dengan menyembunyikan dan menafikan Titah Adendum berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, hal ini kerana bukan pemimpin pembangkang dan rakyat sahaja perlu menjunjung titah Seri Paduka.

Katanya, tindakan kerajaan yang didakwa menyembunyi atau menafikan titah Seri Paduka merupakan satu bentuk penderhakaan.

“Kalau kita kata yang perlu dijunjung, bukan kami (iaitu) pembangkang kena dengar 3R (isu agama, bangsa dan institusi diraja) (dan) ini perintah, kami junjung. Kepada rakyat, 3R, kena jaga semua ini, rakyat junjung.

“Tetapi kalau keingkaran yang dibuat oleh kerajaan, di mana letaknya? Menyembunyi atau menafikan titah Agong adalah suatu penderhakaan kepada negara,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong semalam.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri terikat dengan ikrar dan sum­pah taat sedia kepada Yang di-Pertuan Agong serta Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) akan sentiasa mempertahankan kemuliaan Institusi  Yang di-Pertuan Agong dan institusi diraja mengikut lunas-lunas Perlembagaan yang ada.

“Berbeza dengan kerajaan Madani, titah Agong pun selepas setahun dipersoalkan tidak timbul-timbul sehinggakan mahkamah yang mengatakan wujud Titah Adendum.

“Jadi saya nak tanya, kepada rakyat semua nak bertanya sudah beberapa kali diberikan ruang untuk kerajaan menjawab (adakah) ada atau tidak ada titah diraja, ini menjadi persoalan.

“Kami, ahli Parlimen (dan) pembangkang membawa (isu Titah Adendum), semua ini membawa dan mempersoalkan. Macam-macam cara mereka (kerajaan) menjawab ada kata hearsay (dengan cakap), tidak tahu serta ada yang berdolak dalih,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya