Bukan halangan hadiri majlis bukan Islam

Bukan halangan hadiri majlis bukan Islam

FAUDZINAIM BADARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Cadangan me­wu­judkan garis panduan kepada umat Islam bagi menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam mampu memastikan umat Islam berhati-hati dalam perbuatan serta tindakan ketika di majlis berkenaan.

Mufti Negeri Sembilan, Prof. Madya Datuk Dr. Faudzinaim Badaruddin berkata, garis panduan tersebut hanyalah sebagai panduan sekali gus pendidikan kepada umat Islam.

“Jika ia dapat diwujudkan, umat Islam dapat berhati-hati dalam perbuatan dan tindakan mereka ketika penyertaan dalam sesebuah majlis bukan Islam agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh agama.

“Garis panduan itu bukan suatu halangan kepada umat Islam untuk menyertai majlis sebegitu. la hanyalah sekadar pemberitahuan kepada umat Islam sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Faudzinaim, ga­ris panduan berkenaan dapat membantu umat Islam berasa selesa untuk berinteraksi dalam majlis dihadiri dan pada masa sama, tetap berpegang pada ajaran Islam.

“Garis panduan tersebut tidak bertujuan untuk memisah atau mengasingkan umat Islam daripada bukan Islam.

“Bahkan, hal ini perlu ditegaskan, bahawa ia tidak sama sekali mencampuri kepercayaan dan amalan agama lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya