Budaya berpuak warga ATM perlu dihentikan

Budaya berpuak warga ATM perlu dihentikan

PANGLIMA Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar (tengah) ketika sidang media selepas Majlis Sambutan Mula Tugas dan Ucaptama Panglima Angkatan Tentera ke-23 di Wisma Pertahanan Kuala Lumpur di sini, hari ini. Gambar: ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Budaya berpuak dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu dihentikan agar ia tidak diteruskan kepada generasi baharu.

Panglima ATM, Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar berkata, setiap anggota perlu memupuk budaya saling hormat, memberi pandangan yang jujur dan saling menegur dengan hikmah.

“Budaya berpuak ‘Your Team, My Team and His Team’. Adakah ini yang kita mahu mewariskan kepada generasi yang mendatang?

“Adakah kita membina organisasi yang berpecah-belah kerana kepentingan peribadi atau mahu sebuah angkatan yang bersatu, berpaksikan disiplin dan integriti?

“Oleh itu, budaya teguran dan rasa hormat tidak boleh dipaksa, sebaliknya perlu dibina atas asas kepercayaan dan keikhlasan demi menjunjung Sumpah Perwira yang telah kita lafazkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Mula Tugas dan Ucaptama Panglima ATM Ke-23, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Nizam menekan aspek latihan dan kebajikan agar setiap anggota dapat memahami erti sebenar semangat persaudaraan.

“Latihan bukan sekadar keperluan malahan juga suatu bentuk kebajikan kepada anggota kerana melalui latihan kita dapat memahami maksud persaudaraan dan memperkukuh semangat tersebut dalam setiap diri anggota.

“Latihan yang berterusan adalah kunci untuk meningkatkan mutu profesionalisme angkatan ini bagi memastikan kita sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran,” katanya.

Selain itu, katanya, modal insan adalah aspek penting bagi memastikan angkatan itu kekal utuh dan teguh.

“Moral anggota harus menjadi keutamaan dan ini merangkumi pelbagai aspek seperti kebajikan, pertukaran anggota, tempoh penugasan, kenaikan pangkat serta kursus yang dihadiri untuk meningkatkan kompetensi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya