Budak tercekik gula-gula 'gummy' meninggal dunia

Budak tercekik gula-gula ‘gummy’ meninggal dunia

MOHAMMAD Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin yang tercekik gula-gula 'gummy' sebelum ini disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Budak lelaki yang sebelum ini dilaporkan kritikal akibat tercekik gula-gula ‘gummy’ berbentuk mata telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 11 malam tadi.

Perkara itu disahkan oleh ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33 ketika dihubungi di sini.

Siti Farhani berkata, jenazah Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, dijangka dibawa pulang ke rumah neneknya di Kampung Permatang Binjai, Jalan Pekan Darat, Penaga, Butterworth sebaik sahaja segala urusan berkaitan selesai.

Dalam kejadian petang Selasa itu, mangsa dikatakan telah membeli dua biji gula-gula ‘gummy’ di sebuah gerai sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sebuah sekolah kebangsaan (SK) di Sungai Dua, Butterworth.

Mangsa bagaimanapun mengalami sesak nafas akibat tercekik gula-gula itu. Walaupun sempat berjalan ke arah gurunya ketika itu, mangsa dikatakan rebah secara tiba-tiba.

Difahamkan, jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Permatang Binjai kira-kira pukul 11 pagi ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya