Buat sendiri ketuhar bermodalkan RM150

Buat sendiri ketuhar bermodalkan RM150

ZALEHA Salim menunjukkan roti yang baharu dibakar dalam ketuhar aluminium yang diciptanya di Kampung Darang Buaya, Besut, Terengganu – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Idea kreatif seorang peniaga dari Kampung Darang Buaya di sini, membuat ketuhar besi aluminium bagi menggantikan tin biskut sebagai alat membakar roti, membantunya menjana pendapatan kira-kira RM6,000 sebulan.

Zaleha Salim, 38, berkata, dia menggunakan modal sebanyak RM150 sahaja untuk membeli alatan membuat ketuhar seluas satu meter sejak tahun lalu bagi meneruskan perniagaan roti bakar kayu api warisan keluarganya.

Katanya, dia tidak me­nyangka dengan bermodalkan RM150, kini dia mampu menjana pendapatan kira-kira RM6,000 sebulan.

“Pada peringkat awal saya masih meneruskan cara tradisional iaitu roti dibakar dalam tin biskut tetapi ekoran permintaannya semakin meningkat, saya memikirkan cara lain supaya dapat menampung jumlah tempahan semasa.

“Saya tidak mahu beralih kepada ketuhar elektrik ke­rana keunikan rasa roti bakar menggunakan kayu api akan hilang. Dari situ timbul idea mencipta ketuhar aluminium ini yang mampu membakar lapan set roti dalam satu masa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Menurut Zaleha, bagi membangkitkan aroma daripada asap, dia hanya menggunakan kayu rambutan dan kayu getah sebagai bahan bakar ketuhar berkenaan.

Katanya, dengan adanya ketuhar itu, dia mampu membakar antara 13 kilogram (kg)hingga 16 kg adunan roti sehari.

“Alhamdulillah, sejak saya mengambil alih perniagaan roti bakar emak dua tahun lepas, daripada dua perisa roti bakar kini telah saya inovasikan menjadi enam perisa.

“Antaranya adalah roti bakar asli, roti gula, roti kacang merah, roti kacang hijau, roti sekaya dan roti coklat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya