Buang sampah kecil bakal dikenakan khidmat masyarakat hingga 12 jam - Utusan Malaysia

Buang sampah kecil bakal dikenakan khidmat masyarakat hingga 12 jam

Jabatan Penerangan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Individu yang melakukan kesalahan dengan membuang sampah kecil bakal dikenakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kementeriannya bercadang untuk melaksanakan perintah tersebut melalui pindaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Menurut beliau, menerusi pindaan tersebut mereka yang gagal mematuhi perintah khidmat masyarakat boleh dikenakan denda RM2,000 hingga RM10,000.

Jelasnya, punca kuasa sedia ada di bawah akta yang berkaitan hanya memberi peruntukan denda RM500 hingga RM2,000 atau penjara setahun.

“Aktiviti pembersihan yang akan dilaksanakan di bawah perintah khidmat masyarakat ini merupakan sumbangan balik pesalah kepada alam sekitar yang dapat memberikan manfaat.

 Seterusnya menyokong hasrat kerajaan dalam mewujudkan negara yang lebih bersih, indah dan sejahtera,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sudah mencatatkan kutipan sampah semasa sebanyak 6,417.7 tan.

“Di kawasan Kuala Lumpur, KPKT telah mencatat kutipan sebanyak 127.6 kg plastik dalam masa 12 jam melalui program Hari Cuci Malaysia.

“Pelaksanaan perintah khidmat masyarakat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta mendidik masyarakat supaya peka terhadap kebersihan dan tidak membuang sampah kecil di kawasan awam dengan sewenang-wenangnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya