Bruno Mars, Rose Blackpink benam rekod Mariah Carey - Utusan Malaysia

Bruno Mars, Rose Blackpink benam rekod Mariah Carey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bruno Mars dan Rose Blackpink mencipta rekod baharu apabila lagu duet mereka, Apartment (APT) mengungguli kedudukan pertama carta Global 200 Billboard selama 15 minggu berturut-turut.

Perkembangan tersebut dikongsi Billboard menerusi kenyataan dalam laman sesawang rasminya, baru-baru ini.

Pencapaian itu membenam rekod dipegang Mariah Carey yang sebelum ini mendominasi carta itu selama 14 minggu menerusi lagu All I Want for Christmas Is You.

Carta tersebut yang diperkenalkan pada 2020, diadili berdasarkan rekod jualan dan jumlah penstriman lagu di lebih 200 negara tidak termasuk Amerika Syarikat (AS).

Lagu Apartment pada masa sama jatuh tempat ke-6 dalam carta Hot 100 Billaboard.

Terdahulu, lagu tersebut berada di kedudukan pertama dalam carta itu sekali gus menjadikan Rose sebagai artis K-Pop pertama yang merekodkan pencapaian berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya