Bot pelancong dikompaun bawa lebih muatan, kargo

Bot pelancong dikompaun bawa lebih muatan, kargo

PASUKAN Polis Marin menjalankan operasi terhadap bot pelancong sekitar perairan Kuala Terengganu dan Pulau Perhentian, baru-baru ini. - IHSAN PASUKAN POLIS MARIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak lapan kompaun dikeluarkan kepada bot pelancong kerana membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan dan menggunakannya untuk membawa barangan kargo.

Kesalahan itu dikesan hasil operasi bersepadu  dijalankan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga bersama bersama Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Timur, Kuala Terengganu dari 3 Februari  hingga 10 Februari lalu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, ACP Zulafendy Hassan berkata, sebanyak 51 buah bot bersama 270 penumpang diperiksa sepanjang operasi dijalankan di perairan Kuala Terengganu dan Pulau Perhentian. 

“Sepanjang tempoh itu, empat  bot ronda digerakkan untuk menguatkuasakan undang – undang mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Penguatkuasaan ini adalah untuk memastikan nakhoda bot bebas dari sebarang penyalahgunaan dadah serta memberi kesedaran kepada komuniti maritim supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya