Boleh rasa Naim Daniel patah hati - Utusan Malaysia

Boleh rasa Naim Daniel patah hati

KUALA LUMPUR, 15 OKTOBER 2024 - Sesi fotografi bersama selebriti, Naim Daniel ketika pelancaran drama Project Exit di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID / PEMBERITA - HIBURAN ( UTUSAN / KOSMO )
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERUS-TERANG, Cik Bunga teruja juga menanti kehadiran EP baharu penyanyi Naim Daniel. Sebabnya, ada lagu yang benar-benar menangkap perasaan Cik Bunga dan itu judulnya adalah Lelaki Gila. 

Sebelum EP itu rasmi dilancarkan, Naim pun memang ada muat naik kongsikan teaser selain buat video nyanyian ringkas sebagai sebahagian daripada promosi. 

Jadi dari situlah Cik Bunga mula dengar dan jadi tertarik. Rasanya bukan saja Cik Bunga, mungkin ramai pendengar dan peminat Naim bersetuju yang lagu itu dihasilkan ketika Naim benar-benar sedang patah hati. 

Kalau dihayati lirik lagu itu, memang Naim seolah-olah sedang memberitahu kepada semua atau mungkin kepada spesifik individu yang dituju mengenai isi hati sebenarnya. 

Kalau ikutkan, Cik Bunga boleh agak dengan siapa segala luahan perasaan Naim di dalam lagu itu dicurahkan. 

Bukan lagu itu sahaja, tetapi hampir kesemua lagu-lagu di dalam EP tersebut. Memang galau, memang syahdu, memang menangkap di kalbu. 

Sebelum ini, Cik Bunga ada dengar Naim pernah menjalin hubungan istimewa dengan seorang pelakon. Tetapi hubungan itu nampaknya tidak berpanjangan, aktres tersebut juga sudah ada orang lain kini. 

Jadi, boleh kita agak, itu sebablah Naim luahkan perasaan yang terbuku itu menjadi karya lagu. 

Semuanya kedengaran menusuk di hati dan mungkin inilah yang dikata orang, kalau hendak dengar lagu galau paling sedap, ia perlu dihasilkan dari hati. 

Kebetulan, Naim pun sedang patah hati, jadi itu sebablah lagu-lagu baharu yang dihasilkan ini begitu menjadi dan menangkap perasaan. 

Tak apalah Naim, kalau tidak jadi dengan bekas kekasih itu, mungkin jodoh Naim dengan orang lain. 

Jodoh bukankah rahsia Tuhan? Apa pun, Cik Bunga sokong EP baharu Naim, memang menjadi. Teruskan hasilkan karya lagu bermutu ya Naim!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya