Boleh dapat kerja di Singapura antara pelajar tidak ambil SPM

Boleh dapat kerja di Singapura antara pelajar tidak ambil SPM

AZNAN Tamin membantu seorang pelajar yang menerima Bantuan Kasih Murid Johor memilih pakaian seragam di AEON Mall Tebrau, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Golongan muda beranggapan masih boleh mendapat pekerjaan di Singapura dengan gaji yang lumayan menjadi punca lebih 900 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini tidak menduduki peperiksaan tersebut yang berakhir minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, dianggarkan lebih 900 calon SPM di negeri ini tidak menduduki peperiksaan penting tersebut yang berakhir minggu lalu.

Katanya, perkara itu amat membimbangkan kerajaan negeri sehingga menjadikan masalah keciciran dalam pelajaran akan terus berlarutan.

Katanya, ibu bapa diminta memainkan peranan penting memastikan anak-anak menghabiskan pelajaran dengan kelulusan SPM setelah antara punca dikenalpasti apabila pelajar beranggapan boleh mendapat pekerjaan di Singapura dengan gaji lumayan walaupun tanpa sijil peperiksaan itu.

“Walaupun jumlah itu (900 pelajar) menurun berbanding tahun lalu, ia masih membincangkan. Cuma cabaran kita, Singapura tak pakai SPM (sebagai kelayakan) untuk ambil pelajar kita bekerja.

“Justeru, pihak sekolah kena sentiasa mengadakan sesi libat urus dengan ibu bapa dan pelajar-pelajar supaya mereka diberi penekanan bahawa SPM itu penting yang menjadi penentu masa depan mereka,” katanya selepas merasmikan Program Bantuan Kasih Murid Johor di AEON Mall Tebrau, di sini.

Bulan lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, kira-kira 10,000 pelajar tidak hadir untuk peperiksaan SPM.

Aznan berkata, penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) mampu menjadi penyelamat untuk memastikan para pelajar yang keciciran ini menyambung pelajaran dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Sebab itu JTDC adalah platform untuk membantu anak-anak ini. Walaupun tak habis belajar, kita boleh hantar untuk menceburi bidang TVET dan kita ambil mereka bekerja dalam Johor.

“Jadi, tak ambil SPM bukan berakhirnya masa depan mereka, kita akan bantu masukkan mereka ke program-program TVET supaya mereka ini ada peluang dan ruang untuk terus ke depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya