BN tunjang kestabilan kerajaan - Ahmad Zahid

BN tunjang kestabilan kerajaan – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi menghadiri Majlis Pre-Council bersama ahli-ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN semalam.-FACEBOOK ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) bukan sekadar memainkan peranan penting dalam Kerajaan Perpaduan, tetapi menjadi tunjang kestabilan negara.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, namun kejayaan semalam bukan jaminan esok yang lebih sempurna sebaliknya cabaran sebenar adalah bagaimana terus melangkah, memberikan nikmat untuk rakyat dalam bulan yang mendatang.

“Saya yakin, dengan kesepakatan yang jitu dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur, Barisan Nasional akan terus mara sebagai gabungan yang kukuh, relevan, dan sentiasa mendahulukan rakyat serta negara,” katanya dalam hantaran Facebok beliau hari ini.

Semalam, beliau menghadiri Majlis Pre-Council bersama ahli-ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN bagi memperkukuhkan kesatuan serta hala tuju pada sidang Parlimen kali ini.

BN merupakan antara tunggak Kerajaan Perpaduan pada hari ini dengan mempunyai  30 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan pada November 2022.

Dalam Kerajaan Perpaduan ini, BN diwakili oleh 30 ahli Parlimen yang memegang pelbagai jawatan dalam kabinet dan memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara. 

Kerjasama antara parti-parti ini bertujuan untuk memastikan kestabilan politik dan kemakmuran Malaysia.

Selain BN, Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH), bersama-sama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Bangsa Malaysia (PBM), dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya